Showing posts with label Design Blog. Show all posts
Showing posts with label Design Blog. Show all posts

Template Berstyle Magazine (WP)

Template Blogspot bergaya seperti Template Wordpress,
Blog Blogspot bergaya seperti blog Dot Com.

Kebanyakan blogger suka dengan template yang mempunyai gayanya yang tersendiri, sebagai contoh template saya ini, jika anda perasan apabila anda klik pada title posting atau membaca selanjutnya posting saya, ada sesetengah widget yang pada mulanya ada di page hadapan tetapi sudah tiada pada page posting.

Antaranya ialah 3 column di bahagian footer saya akan hilang apabila anda masuk ke bahagian full post article. Anda mahu template anda seperti ini? Jom kita edit HTMLnya.

Pertama sekali perkara yang anda perlu faham ialah coding ini. Terdapat dua coding yang berbeza fungsinya iaitu :
1. Widget yang muncul di bahagian hadapan (home page shj)
2. Widget yang tidak muncul di bahagian hadapan (home page) tetapi muncul setelah anda klik title artikel.

Anda perlu menambah code ini kedalam HTML template anda.
Code ini membolehkan widget hanya muncul di bahagian hadapan.

<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
HTML widget yang hendak dihilangkan
</b:if>

Saya beri contoh disini :
Pertama sekali anda perlu kenal pasti widget mana yang hendak anda hilangkan, jika sudah, kita mulakan tutorialnya.

1. Login ke blogger
2. Klik Expand Widget
3. Cari code HTML widget yang anda hendak hilangkan.

4. Contoh dari saya, saya hendak hilangkan widget "Terima Tips & Trick Terus Ke Email Anda"

<b:widget id='HTML8' locked='false' title='Terima Tips & Trick Terus Ke Email Anda' type='HTML'>
<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>

5. Maka tambahkan code bewarna biru ini

6. <b:widget id='HTML8' locked='false' title='Terima Tips & Trick Terus Ke Email Anda' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>

7. Selesai, save template anda. kemudian lihat hasilnya.

Jika anda hendak membuat widget tersebut daripada tiada menjadi ada, tricknya mudah sahaja, cuma perlu memasukkan code ini :

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
HTML Widget yang hendak di munculkan
</b:if>

Sebagai contoh cara meletakkan code tersebut adalah seperti ini ;

<b:widget id='HTML8' locked='false' title='Terima Tips & Trick Terus Ke Email Anda' type='HTML'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:content/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>

selesai, senang kan? harap anda faham. semoga berjaya semua.
credit : kolom-tutorial
**Peringatan, sebelum anda buat trick ini, pastikan anda backup dahulu template anda.

Jika ada apa2 masalah, jgn segan silu untuk bertanya, anda boleh berkomunikasi dgn sy dgn memberikan komen di setiap posting yang berkaitan.

Service Edit Blog Berhenti

Perhatian kepada semua blogger, harap maaf, kini solehpolysas blog memberhentikan servis Edit Blog ( Design Your Blog ) mulai hari ini - 20/11/08.

Sesiapa yang ingin meminta sy edit blog mereka, sy tidak dapat berbuat demikian lagi.
Ini kerana :
1. Badan sy kurang sihat sejak kebelakangan ini
2. Exam final semakin dekat
3. Sy ingin berehat & study untuk final

Saya harap anda faham. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pelawat blog sy terutama mereka yang setia. Kesetiaan anda amat saya hargai.. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong blog saya.

Sy akan teruskan mengepost artikel tips & trick serta produk-produk percuma kepada anda. Anda teruskan bersama sy. InsyaALLAH anda akan dapat pelbagai manfaat. Sama-samalah kita berkongsi & belajar.

Semoga blog ini mendapat sambutan yang tinggi.

Design your blog

Solehpolysas™ Blog menawarkan service ini secara percuma.. Bagi pengguna blogspot, anda sudah pasti ingin mencantikkan lagi blog anda dengan pelbagai trick. Selain itu juga, pasti anda ingin mengemaskan lagi blog anda. Tidak lupa juga, pasti anda ingin blog anda mudah untuk dibuka (loading dengan cepat)..

Saya boleh membantu anda design sedikit sebanyak blog anda. Service ini hanya terbuka kepada pengguna blogspot. Apa yang anda ingin lakukan?? senaraikan kepada saya trick yang anda ingin buat. Jika saya boleh buat, saya akan buatkan. Secara percuma sahaja.. Anda tidak perlu membayar sebarang perkhidmatan yang saya buat.

Cuma ada 1 syarat sahaja. Saya hanya meminta backlink (link blog saya) di blog anda. Itu sahaja, biarlah semua orang tahu dari mana anda mendapat service ini.. Kita kongsikan bersama.

Service ini adalah untuk membantu anda yang kurang mahir dan juga yang malas nak buat trick2 yang saya sudah post. Ini dapat memudahkan kerja anda. Jadi langganilah sekarang.

Anda senaraikan trick yang anda mahukan, apa yang anda inginkan, dan anda boleh emailkan kepada saya template anda.

Caranya, anda download full template anda, kemudian emailkan kepada saya
( solehpolysas@gmail.com )

Jangan lupa senaraikan trick yang anda mahu. Saya akan cuba buatkan jika tiada masalah.

* saya tidak akan mengubah keseluruhan template, hanya beberapa trick yang anda mahukan sahaja. Jika trick yang anda minta itu tidak dapat saya buatkan, berikan sedikit masa untuk saya membuatnya. Saya hanya newbie yang berjinak-jinak dalam dunia blogger. Sama-samalah kita belajarnya.

UPDATE!!

cara yang mudah untuk saya edit template anda, anda hanya perlu add saya sebagai admin di blog anda.

Caranya :
1. Login ke blogger
2. Pergi ke setting dan pilih permission
3. Anda invite saya, add email ini solehpolysas@gmail.com
4. Setelah saya menerima invitation anda tadi, anda perlu pergi ke permission sekali lagi
5. Kali ini anda klik pula link untuk add saya sebagai admin di blog anda.
6. selesai, apabila saya sudah menjadi admin di blog anda, barulah saya boleh edit Layout anda.
Jangan risau, saya tidak akan merosakkan blog anda. Jaminan 100%.
TQ..

Trick yang saya boleh buat secara percuma :
1. Membuat Scrollbar pada komen
2. Show latest post & latest comment
3. Tukar icon di address bar
4. Membuat Link Related Post
5. Membuat Comment Box Dibawah Posting
*Jika anda ingin trick seperti membuat footerbar seperti saya ini, anda perlu membayar upah utk hasil kerja saya. TQ

Update!!
Saya tidak lagi menerima sebarang permintaan untuk Edit Template anda. Anda baca disini

Selesai Design Blog

Setelah sekian lama teringin nak design blog lagi.. Akhirnya pada hari ini solehpolysas blog telah bertukar sedikit sebanyak. Solehpolysas Blog juga meningkatkan speed loading page. Ini kerana jika sesebuah blog terlalu lama untuk loading page hadapan, sudah tentu pelawat blog tersebut akan boring. Jadi solehpolysas blog mengatasi masalah tersebut.

Jika anda hendak mengetahui berapa berat blog anda untuk di loading, cuba disini..
Anda lihat hasil keputusannya, berapa besar saiz blog anda?? Blog solehpolysas hanya bersaiz 78.63KB. Agak besar sebenarnya. Tetapi jika saiz blog anda melebihi 100KB, maka ia mengambil masa yang terlalu lama untuk loading page hadapan blog anda.

Jadi lebih baik anda perbaikinya. Pelbagai cara untuk perbaikinya, saya akan ceritakan kemudian.

Sudah siap design blog, kena study pulak.. Apa2 pun, semoga anda suka dengan blog ini.
Berikanlah sedikit sebanyak komen diposting saya. Ini membolehkan saya mengetahui apa yang anda mahukan dan apa yang kurang dengan blog ini..

Saya akan perbaiki selagi mampu.
salam perkenalan dari saya kepada yang baru/lama.