Showing posts with label Adsense. Show all posts
Showing posts with label Adsense. Show all posts

Dapatkan Akaun Adsense Dalam Masa Yang Singkat

Daftar google adsense tanpa perlu membuat blog. Akaun akan approve dalam masa terdekat (1 - 3 hari). Terbukti berkesan.

Sudahkah anda mempunyai akaun google adsense? Jika belum, inilah masanya untuk anda mendaftar tanpa menggunakan blog. Cara ini sudah lama dihebohkan tetapi saya rasa orang melayu belum ramai lagi yang mencubanya.

Saya dapat teknik ini daripada rakan saya "edy sepaku hosting". Saya bertanya kepada dia cara mudah untuk mendapatkan akaun adsense. Kemudian edy memberikan kepada saya URL forum blackhatworld. Jadi saya pun terus mencubanya dan hasilnya dalam masa 3 hari sahaja sudah approve.

Jom ikut cara mendaftar akaun google adsense tanpa blog ini.

1. Anda pergi ke web ini www.docstoc.com

2. Anda daftar 1 akaun disana.

3. Selepas anda mendaftar akaun docstoc, pastikan anda isi semua maklumat peribadi anda 90% siap.

4. Selepas siap, anda perlu (wajib) upload fail PDF berbahasa english (tidak kesah apa-apa file sekalipun, yang penting berkualiti dan bukan copyright).

5. Pastiakn anda upload sekurang-kurangnya 2 File PDF.

6. Selepas siap, anda pergi ke link ini http://www.docstoc.com/doccash/join/

7. Anda isilah maklumat untuk menyertai google adsense menggunakan email yang anda daftar di docstoc tersebut.

8. 1 email pengesahan akan sampai ke email anda untuk anda mengisi borang maklumat peribadi di google adsense pula.

9. Anda isilah borang tersebut sebaik mungkin dan jangan tipu-tipu ya. Jika gagal kerana menipu, sy tak tanggung.

10. Selepas siap semuanya, anda submit lah dan tunggu beberapa hari untuk google preview.

Pihak google adsense akan lihat akaun anda dan jika mereka berpuas hati, maka anda dapatlah akaun adsense baru. Tidak lupa juga, nanti tik pada allow docstoc to grant access my account (saya lupa ayat dia, tp tik pada allow atau YES).

Anda akan share revenue adsense anda dengan docstoc sebanyak 50%. TETAPI jika hanya terdapat klik pada web docstoc sahaja. Akaun adsense tersebut masih 100% milik anda. Jika anda meletakkan code adsense di blog anda sendiri, maka hasil adsense tersebut 100% milik anda.

Apa lagi? cubalah sekarang!! tidak susah pon. Hanya memerlukan beberapa minit sahaja.

Peringatan kepada mereka yang pernah di ban oleh google, pastikan anda menggunakan nama penerima yang lain jika masih gagal dengan menggunakan teknik ini. Jika anda masih gagal selepas mencuba 2 kali, anda cuba lagi dan pastikan fail PDF yang anda upload berkualiti dan tidak sama dengan orang lain yang ada di docstoc.

Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya. Sentiasalah terus berusaha untuk mencuba. Semoga berjaya.

Ada soalan?
Sila berikan di bahagian komen ya..





Apa Tujuan Anda Buat Blog?

Infomasi tanpa Had.

Sudah lama blog ini dibiarkan tanpa sebarang artikel tutorial. Sebenarnya saya sedang sibuk dengan tutorial minisite yang diberikan oleh saudara Bearnerd. Jika tiada halangan malam ini akan dibuka web jualannya. Okey, bukan itu yang saya hendak ceritakan.

Sebenarnya apa tujuan anda membuat blog?
Adakah untuk suka-suka? sekadar buang masa? Punca pendapatan?
Saya lihat dalam diri saya sendiri, blog merupakan tempat untuk berkongsi info dan secara sambilan boleh jadi punca pendapatan. Tetapi pendapatan ini adalah secara sambilan sahaja.

Anda pula bagaimana?

Ramai yang buat blog tetapi tiada traffik. Ya, memang menjadi satu masalah besar pada permulaan blogging. Apabila sudah tiada traffik, maka semangat untuk blogging juga semakin pudar dari dalam. Lama kelamaan ianya terus hilang dan anda tidak lagi menjadi blogger.

Itulah yang sebenarnya sedang berlaku dan sering berlaku. Itu yang saya lihat pada diri saya. Hehehe.. Malas nak kata orang lain, baik kata pada diri sendiri. Nanti tiada orang yang marah. :)

Untuk jadi blogger, anda perlu banyak bersabar dan FOKUS dengan apa yang sedang anda lakukan. Buat masa ini saya sedang FOKUS kepada adsense, jadi memang saya kurang mengupdate blog. Saya tidak menggunakan blog ini sebagai blog adsense, blog anime pun bukan.

Sedang diusahakan satu teknik baru yang belum dibuat oleh orang lain dan saya sedang mengkaji dan mencubanya sehingga mendapat hasil. Jika tiada masalah, rasanya bulan hadapan boleh dapat. Target saya 2 bulan untuk mendapatkan USD100. Jika tidak mencapai target, itu bermakna teknik yang saya cuba kurang berkesan. Memang sukar sebenarnya, tetapi jika FOKUS, pasti boleh.. tunggu dan lihat sahaja.. :)

Itulah kepentingan FOKUS didunia internet ini. Cuba anda bayangkan sendiri jika hari ini anda buat affiliate, esok adsense, lusa apa pulak? Nanti semuanya anda lepaskan. Jadi lebih baik saya lepaskan sedikit demi sedikit dan FOKUS kepada yang satu.

Jika anda bijak, buatlah 4 dalam 1. Itu jika anda pandai menguruskannya. Sudah semestinya pendapatan anda masyuk. Okeylah, masa untuk adsense. Gud luck ya. wish me luck too..





Fungsi Channel Didalam Akaun Adsense

Program Menjana Wang Dengan Iklan. Dijamin Menguntungkan Blogger.

Permintaan daripasa Syn4, didalam komen beliau meminta saya untuk menerangkan fungsi channel didalam akaun adsense.

Okey bagi anda yang ada akaun adsense, anda ada berapa blog dan akaun adsense anda digunakan pada 1 blog sahaja ka?

Jika anda menggunakan 1 akaun adsense dan meletakkan di lebih 3 buah blog yang berlainan, maka channels ini dapat membantu anda untuk mengesan statistik akaun adsense anda.

Katakanlah blog A menceritakan mengenai pakaian, jadi anda buat la channels pakaian. Nanti anda dapat lihat statistik adsense anda didalam blog A(pakaian) ini tadi. Anda akan ketahui statistik klik, impression, CTR dan banyak lagi..

Jika anda buat blog B pula mengenai ebook, maka anda buat channel ebook didalam akaun adsense anda. Disini anda dapat membezakan statistik 2 blog anda ini. Kemungkinan di blog ebook anda kurang visitor berbanding di blog pakaian. Jadi anda dapat lihat perbezaannya kan.

Itulah gunanya channels didalam akaun adsense ini. Anda juga boleh tahu di blog mana yang dapat memberikan earning yang tinggi. Jika sudah tahu blog yang boleh beri earning yang tinggi, maka anda tariklah traffik ke blog tersebut.

ini dapat meningkatkan lagi earning anda nanti. Cubalah, percuma sahaja..

p/s : nak dapatkan info mengenai buat duit? Jom layan blog baru saya di Buat Duit Di Internet