Lagi Template Minisite Percuma dan Berbayar.

Minisite For Improve your Business. Ramai yang telah memilikinya.

Sejak beberapa hari ini saya asik bercerita mengenai minisite, sehingga pada hari ini ada seorang IM yang telah mengeluarkan produknya. Produknya ialah Template minisite tanpa photoshop. Templatenya begitu simple tetapi memang cantik. InsyaALLAH saya akan cuba menggunakanya dan masukkan di blogger pada akan datang ini.

Jika anda ingin melihat hasil kerja IM tersebut, anda boleh lihat disini. Hasil kerjanya menggunakan photoshop memang saya respect. Begitu HEBAT dan kemas. Memang cantik sekali. Tidak rugi juga jika membeli template tersebut.

Selama ini saya hanya menggunakan template minisite yang seperti biasa. Dan hari ini saya download 3 template minisite percuma dari cik luvleey. Terasa seperti ingin mengeluarkan produk sendiri pulak. Hehehe..

Bilalah saya hendak mengeluarkan produk sendiri. Sebelum saya terlupa, rupanya minisite ini agak hangat juga pada masa ini ya, tidak perasan pula saya. Ramai juga pelawat blog ini yang datang dari search engine dengan carian template minisite percuma, cara membuat minisite dan sebagainya.

Tahniah kerana anda telah jumpa tempat yang betul. Tetapi sebenarnya untuk lebih perfect template minisite anda, ianya memerlukan web hosting. Apa yang saya buat selama ini hanyalah sebagai alternative lain untuk membuat minisite.

Terlintasnya idea untuk membuat minisite dengan blogger adalah kerana saya amat sukakan blogger, disebabkan itulah saya mula berfikir bagaimana hendak menjadikan blogger sebagai minisite. Minisite yang saya buat sebelum ini hanyalah sebagai contoh untuk anda.

Anda boleh membuatnya dengan lebih baik lagi daripada saya. Saya pasti ramai lagi yang hebat diluar sana. Jangan lupa jika anda rasa ada yang perlu ditambah untuk menambah baikkan lagi minisite dengan blogger ini, kongsi-kongsikanlah dengan saya. Anda boleh contact saya @ berchating dengan saya di YM : solehpolysas.

Mulai hari ini, saya akan masukkan semula YM status di blog ini. Harap jangan SPAM dan la yer. Sebab sebelum-sebelum ini banyak gangguan bila saya tunjukkan YM saya. Jadi saya harap kali ini tidak berlaku lagi.





3 comments:

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.