Guna Software Untuk Hantar Email ke Mailing List.

Sendblaster Software yang boleh menghantar email yang banyak hanya dengan 1 klik.

Mengenai bulk email ini saya rasa saya sudah membuat posting mengenainya, tetapi cara settingnya saya tidak lagi menerangkan secara lebih lanjut. Sebelum ini saya ada membuat posting mengenai bulk email software. Ada juga yang bertanya kurang faham untuk menggunakannya.

Baiklah, sebelum itu anda perlu ada software ini untuk tahu lebih lanjut. Selepas anda install software ini, anda akan melihat pelbagai menu, saya rasa tidak perlulah untuk diterangkan mengenai menu tersebut. Yang paling penting adalah SMTP.com. Jika anda baru install dan baru kali pertama menggunakannya, sendblaster akan memberikan SMTP.com wizard secara percuma.

Tetapi SMTP ini adalah terhad untuk menghantar 100 email sahaja. Sendblaster Pro baru boleh menghantar UNLIMITED email. Tetapi jika anda menggunakan SMTP.com selain daripada yang diberikan percuma, anda masih boleh gunakannya untuk menghantar email sebanyak 100 (limit sehari).

SMTP.com yang lain adalah dari gmail.com. Anda boleh dapatkan cara setting dia di posting "cara setup SMTP email client", saya rasa gambar itu sudah jelas. Anda hanya perlu memasukkan SMTP gmail. Iaitu "smtp.gmail.com : 465"
Kemudian anda masukkan ID gmail anda dan password email anda.

itu sahaja. Selepas itu, barulah anda boleh menghantar email menggunakan software sendblaster tersebut. Jika tidak berpuas hati, anda test dahulu connection dia. Anda klik sahaja pada butang "test connection". Jika boleh, maka bolehla anda menghantar email. Jika tidak, maka adalah yang silap di bahagian setting anda tadi.

Cuba lihat betul2 settingnya. dan lakukan perlahan-lahan. Pasti boleh, jangan terlalu ghairah sehinggakan terlepas pandang. TQ. hope berjaya.





3 comments:

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.