Kenapa Blog Saya Berat Untuk di Loading??

Punca-punca blog menjadi berat untuk diloading dan menjadi punca traffik kurang.

Saya baru sahaja pulang dari kampung dan terus lihat email. Ada yang bertanya kepada saya, kenapa blog saya berat untuk diloading? Sebenarnya banyak punca2 yang menjadi penyebab kenapa blog kita lambat untuk diloading. Sebelum ini saya ada membuat artikel "website speed test" dimana kita boleh test berapa lama masa yang diambil untuk load page blog kita. Jika anda belum membacanya, boleh baca disini

Baiklah, saya ulas sedikit kenapa blog kita sering menjadi berat atau lambat untuk di load. Selalunya perkara sebegini tidak berlaku pada blog baru. Tetapi jika blog anda sudah lama, content pun dah banyak maka terjadilah masalah ini.


Yang pertama saya dapati image boleh memberatkan blog kita. Apabila anda sering upload image dan letakkan di page blog anda, maka ia akan semakin memberatkan blog anda. Jika image tersebut pula terlalu besar, maka semakin beratlah blog anda. Selain dari image yang anda upload, anda mungkin tidak perasan bahawa ada sesetengah template yang lambat untuk diload. Kenapa?? kerana template tersebut menggunakan image yang banyak. Maybe untuk mencantikkan template tersebut, maka perlu letakkan banyak image, tetapi kesannya jika image terlalu banyak dan bersaiz besar, ini akan membuatkan blog kita semakin berat.

Yang kedua adalah java. Java ini selalu anda dapati apabila anda meletakkan iklan. Sebagai contoh google adsense, nuffnang, dan sebagainya. Tetapi saya dapati java dari iklan tidak terlalu berat, yang berat adalah javascript widget. Contoh javascript widget yang berat adalah seperti meletakkan jam. Sebenarnya ianya adalah javascript dan ada sesetengah java yang terlalu berat untuk diloading. Jadi saya nasihatkan berhati2 memilih widget dan gunakanlah yang berguna sahaja.

Yang ketiga adalah penampilan posting yang begitu banyak. Untuk standart blog atau templat (yang belum diubah suai settingnya) posting yang akan ditampilkan di page hadapan adalah 7. Itupun jika tidak silap saya. Jadi 7 posting ini sebenarnya boleh memberatkan load blog anda. Bayangkan sajalah terlalu banyak yang perlu dibaca, jadi mengambil masa yang lama lah kan?? dengan mengurangkan sedikit jumlah posting yang ditampilkan, ini dapat mengurangkan sedikit berat blog anda.

Ada banyak lagi yang boleh memberatkan blog kita, tetapi rasanya 3 perkara ini adalah yang utama. Lain kali jika ada yang terbaru, saya akan update. semoga blog anda semakin mudah diload selepas ini.





7 comments:

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.