Membuat Max - Half Open Pada Windows 7

Max - Half Open Menambah Had Limit / Unlimited Untuk Kelajuan Torrent Yang Maksimum.




Hai semua pengunjuang blog ini, terima kasih sy ucapkan kerana sudi datang ke blog ini. Hari ini sebelum saya pegi ke pejabat untuk bekerja (praktikal), saya hendak menulis sedikit tips torrent pada windows 7.

Seperti yang anda tahu ada banyak benda yang boleh kita download melalui fail torrent ini. Boleh dikatakan semua yang berbayar boleh dapat percuma lah. Tetapi berhati-hati ya ketika mendownload melalui torrent.

Apa yang saya hendak katakan disini, berapa kelajuan torrent yang anda boleh capai? Beberapa tips untuk melajukan torrent dari saya ;

1. Guna utorrent (torrent client yg paling best bg sy)
2. Buat port forward (kalau tak tahu cara buat port forward, sy dah tunjukkan sebelum ini)
3. Setting Max half open pada windows yang anda gunakan.

Jadi 3 tips ini jika anda ikut, ianya sudah memadai. Untuk Max-half open ni, anda boleh dapatkan di half-open.com disini anda dapatkan software untuk mengubah setting half open di windows anda.

Ianya tidak perlu diinstall, hanya perlu run dan set kepada 100. Selepas itu close dan restart laptop anda. Selepas itu anda cubalah download file torrent. Mesti akan mendapat kelajuan yang lebih daripada sebelum ini.

Tetapi ingat, pastikan port anda sudah dibuka/open port. Disini jika anda menggunakan windows 7, anda tidak perlu software half-open ini. Windows 7 sudah dibina terbaik untuk torrent. Anda akan mendapat kelajuan yang maksimum jika mendowndload daripada windows 7. Hanya tips nombor 1 dan 2 sahaja yang masih perlu anda ikuti.

Saya telah mencuba pada windows 7 Home Premium. Memang kelajuannya tidak terhingga. Saya mendapat kelajuan mengikut Pakej Internet yang saya subscribe. Kadang kal ianya lebih daripada yang saya subscribe. Jadi anda cubalah ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.





3 comments:

  1. sy dah install port forward tpi x reti nak guna cmne...dah buat...semua2 yg awk suruh tpi mcm xde effect je..bila masukkan utorrent tu..x jadi ape2 punn...

    ReplyDelete
  2. tuk vista tak de ke?? wifi slow la ..tak gerak2 guna torrent.neway..nice blog

    ReplyDelete
  3. nice blog... =)

    anycyber.blogspot.com

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.