Apa Tujuan Anda Buat Blog?

Infomasi tanpa Had.

Sudah lama blog ini dibiarkan tanpa sebarang artikel tutorial. Sebenarnya saya sedang sibuk dengan tutorial minisite yang diberikan oleh saudara Bearnerd. Jika tiada halangan malam ini akan dibuka web jualannya. Okey, bukan itu yang saya hendak ceritakan.

Sebenarnya apa tujuan anda membuat blog?
Adakah untuk suka-suka? sekadar buang masa? Punca pendapatan?
Saya lihat dalam diri saya sendiri, blog merupakan tempat untuk berkongsi info dan secara sambilan boleh jadi punca pendapatan. Tetapi pendapatan ini adalah secara sambilan sahaja.

Anda pula bagaimana?

Ramai yang buat blog tetapi tiada traffik. Ya, memang menjadi satu masalah besar pada permulaan blogging. Apabila sudah tiada traffik, maka semangat untuk blogging juga semakin pudar dari dalam. Lama kelamaan ianya terus hilang dan anda tidak lagi menjadi blogger.

Itulah yang sebenarnya sedang berlaku dan sering berlaku. Itu yang saya lihat pada diri saya. Hehehe.. Malas nak kata orang lain, baik kata pada diri sendiri. Nanti tiada orang yang marah. :)

Untuk jadi blogger, anda perlu banyak bersabar dan FOKUS dengan apa yang sedang anda lakukan. Buat masa ini saya sedang FOKUS kepada adsense, jadi memang saya kurang mengupdate blog. Saya tidak menggunakan blog ini sebagai blog adsense, blog anime pun bukan.

Sedang diusahakan satu teknik baru yang belum dibuat oleh orang lain dan saya sedang mengkaji dan mencubanya sehingga mendapat hasil. Jika tiada masalah, rasanya bulan hadapan boleh dapat. Target saya 2 bulan untuk mendapatkan USD100. Jika tidak mencapai target, itu bermakna teknik yang saya cuba kurang berkesan. Memang sukar sebenarnya, tetapi jika FOKUS, pasti boleh.. tunggu dan lihat sahaja.. :)

Itulah kepentingan FOKUS didunia internet ini. Cuba anda bayangkan sendiri jika hari ini anda buat affiliate, esok adsense, lusa apa pulak? Nanti semuanya anda lepaskan. Jadi lebih baik saya lepaskan sedikit demi sedikit dan FOKUS kepada yang satu.

Jika anda bijak, buatlah 4 dalam 1. Itu jika anda pandai menguruskannya. Sudah semestinya pendapatan anda masyuk. Okeylah, masa untuk adsense. Gud luck ya. wish me luck too..





4 comments:

  1. Salam. Abang tengok pakej grafik minisite Bearnerd. Menarik gak nak beli dan belajar. Kalau beli dari link afiliate soleh selalunya bleh dapat bonus...tengah tunggu offer dari Soleh he he.

    ReplyDelete
  2. to benbaz ;
    wkm salam, bro, email bonus dah dihantar.. semak email.. kalau bro ada dalam list saya, so dapatlah email tu..

    ReplyDelete
  3. berjaya tak dapat U$100 dalam masa 2 bulan?

    ReplyDelete
  4. 4 dalam satu hehe...
    saya sentiasa harap tuan berjaya!

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.