Cara Memasukkan Gambar kedalam Blog (blogspot)

Pengetahuan Basic Untuk Blogger Memasukkan Gambar Kedalam Blog Sendiri.

Diatas permintaan pelawat blog saya ini, saya cuba membantu beliau kerana beliau meminta saya membuat artikel bagaimana memasukkan gambar kedalam blog. Ini tajuk umum, saya akan spesifikasikan kepada beberapa perkara.

Pertama sekali bagaimana hendak masukkan gambar kedalam posting artikel di blog. Baiklah memang nampak mudah, tetapi saya beritahu juga kepada yang belum ketahui. Harap ianya membantu ya.

Semasa anda membuat posting atau menulis artikel, anda mahu masukkan sesuatu gambar sebagai lampiran atau rajah, ini mudah sahaja, anda hanya perlu lihat seperti gambar ini :



Anda hanya perlu klik pada icon seperti yang saya tunjukkan itu, kemudian akan keluar pop-up, anda hanya klik "browse" dan pilih gambar mana yang ingin dimasukkan pada artikel anda.

Itu sahaja untuk gambar didalam artikel.

seterusnya jika mahu masukkan banner kedalam blog pula.
Pertama sekali anda perlu upload gambar tersebut kehosting anda sendiri @ hosting percuma seperti photobucket.

cara upload adalah seperti ini :



Anda hanya perlu pergi ke photobucket.com dan sign up untuk satu account, kemudian barulah anda boleh upload sesuatu gambar.

Anda sign in kedalam account photobucket dan klik pada icon yang saya tunjukkan itu.
Kemudian anda hanya perlu copy direct URL. Direct URL ini anda akan dapat selepas gambar anda selesai diupload.

contoh direct url adalah seperti ini

http://3.bp.blogspot.com/_iMhMaIsBZlo/SeMpxldzKwI/AAAAAAAAAVw/90VvSIoTePc/s1600-h/13.bmp

(ini diupload ke blogger, hanya sekadar contoh URL sahaja)

Anda perlu lihat disini bahawa diakhir URL mesti ada nama gambar yang anda upload tadi. Sebagai contoh URL ini nama gambarnya adalah 13.bmp. ".bmp" ini merupakan format gambar yang saya upload. jika gambar anda ".gif,jpg" maka ianya akan mengikut format masing2lah.

baiklah, untuk masukkan gambar ini sebagai banner, anda hanya perlu copy code banner sedia ada dan tukarkan URL gambar asal keapda URL gambar yang anda mahukan.

Sebagai contoh code HTML untuk banner akan seperti ini :

<a href="http://panduanweb-advance.4kit.net" target="_blank"><img src="http://www.panduanweb-advance.com/images/banner728x90.gif"/></a>


Anda copy code tersebut dan tukarkan beberapa code, contoh href= ini adalah sebagai target, apabila orang klik gambar anda, maka dia akan dibawa ke blog/web mana? jadi anda tukarkan kepada URL blog/web/ apa-apa saja yang anda mahukan.

img src= ini pula bermaksud link gambar anda,anda boleh lihat sendiri kan? jadi anda tukarkan kepada link gambar anda tadi.

Kemudian code ini anda masukkanlah kedalam Page Element blog anda. Anda ambil Element HTML/Java dan masukkan code ini. Selesai kerja anda.

Saya harap ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang belum ketahuinya. Ini adalah pengetahuan asas bagi mereka yang baru. Bagi anda yang sudah mahir, jangan gelakkan orang jika mereka tidak tahu. Kita pun dahulunya sama sahaja. Disebabkan itu saya suka katakan bahawa saya ini sama sahaja seperti anda.

Tiada perbezaannya kita ini. Saya suka belajar daripada kesilapan dan pengalaman. Itu banyak memberikan kesan kepada anda. Percayalah..






11 comments:

  1. Bagus info ni..
    yg penting belajar, belajar dan sentiasa belajar..

    ReplyDelete
  2. to Inventory Management Software ;
    ye belajar itu penting.. mcm mane pertandingan SEO? dah menang ke?? ade maksud disebalik batu ni.. ekikiki

    ReplyDelete
  3. emm, utk keyword inventory management software ni dpt no 3 jer.. now get ready utk pertandingan seterusnya dgn keyword melayu boleh. :)

    ReplyDelete
  4. to Inventory Management Software ;
    haha, okey la tu.. dah ku jangkakan udang tu..

    ReplyDelete
  5. to Inventory Management Software ;
    bleh share hadiah bro...

    ReplyDelete
  6. to Inventory Management Software ;
    kalau ditambah, bertambah lagi la die.. :)

    ReplyDelete
  7. kalu bertambah tu, bagi2 la kt org skit.. :p

    ReplyDelete
  8. to Inventory Management Software ;
    siapa yang ada hadiah sekarang ni?

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.

Banner 468x60