Cara Buat Duit Dengan Blog Sendiri

Rahsia Menjana Pendapatan Hanya Dengan Blog Sahaja Menjadi Buruan Ramai.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menjana pendapatan dengan blog?
Satu soalan yang sering ditanya dan saya akan kongsikan sedikit disini bagaimana dengan blog, saya boleh menjana pendapatan.

Salah satu blog saya yang menjadi penjana pendapatan saya adalah blog Anime Video Online. Blog ini saya buat simple sahaja. Isi kandungannya hanyalah video anime seperti Naruto Shippuden dan juga Bleach.

Bagaimana blog ini memberikan duit kepada saya? Untuk pengetahuan, blog tersebut adalah blog untuk adsense saya. Dengan adanya pengunjung yang ramai, peratusan untuk pengunjung untuk klik iklan google adalah tinggi.

Tambahan pula pengunjung adalah daripada luar negara, secara tidak langsung, nilai 1 klik adsense saya lebih mahal berbanding dengan nilai klik rakyat malaysia.

Sebenarnya untuk anda dapatkan lebih ramai pengunjung ke blog anda, anda boleh mencari bahan yang mungkin disukai ramai atau sedang hangat diperkatakan. Dengan ini blog anda sudah pasti akan MELETOP!!

Itulah rahsia blog yang selalu ditanya dan ramai juga yang masih tidak berjaya untuk menjana pendapatan dengan blog sahaja.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan idea kepada anda.





10 comments:

  1. Emm, x nak tunjuk sekali ke bukti duit adsense tu? :)

    ReplyDelete
  2. to Melayu Boleh ;
    Bukti dah dipost, boleh lihat pada artikel terbaru.

    Bukti Dengan Blog Pun Boleh Jana Income

    ReplyDelete
  3. Banyak ek pengunjung blog anime ko??
    Blog mangatoread aku sekadar ada 400-500 pengunjung je.. Duit adsense satu ari anggaran 0.50 je

    ReplyDelete
  4. to zool ;
    wah, banyak la tu 400-500.. tahniah.. blog anime ni ikut minggu, kalau ramai, ramai la die.. :)

    ReplyDelete
  5. aku punya blog anime pun boleh tahan je...paling tinggi pun 1000 visitor, paling rendah 100....adsense aku dapat la maintain usd 1.50..

    ReplyDelete
  6. to anime kami ;
    rasanya macam kenal je sape yg buat blog anime kami ni.. ekikiki..
    1000 visitor memang best.. tahniah..

    ReplyDelete
  7. kenal ke??femes jugak aku nih....hehehehe

    ReplyDelete
  8. to anime kami ;
    bukan ape, tengok pautan utama blog tu semacam jer..

    ReplyDelete
  9. hahaha...saje je nak buat gempak...kepada sesiape y nak kongsi link boleh layari anime kami k...free je...

    ReplyDelete
  10. to anime kami ;
    baguslah.. memang free je anime ni..

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.