Cara Memasukkan Gambar di Email (gmail)

Cara Mudah Memasukkan Gambar Beserta Link di Compose Mail.

Sudah lama saya tidak membuat sebarang artikel Tips Blogging. Tetapi itu dahulu kerana saya sedang sibuk menyiapkan Projek-Projek Buat duit di Internet.

Kini saya kembali dengan mencuba pelbagai tips & trick blogging. Semalam ada seorang affiliate memberikan email kepada saya dan bertanya bagaimana hendak memasukkan gambar didalam email? Pengguna gmail, jika anda perasan, anda tidak boleh memasukkan code HTML gambar anda semasa hendak menghantar email. Gambar anda tadi tidak akan muncul.

Disini saya pun baru sahaja mencubanya, jadi saya ingin berkongsi kepada semua bagaimana saya memasukkan gambar ketika hendak menghantar email kepada rakan-rakan.

Caranya cukup mudah sekali, anda ikut sahaja step ini.

Pertama sekali anda buka browser anda (contoh browser firefox). Kemudian anda buka email anda (contoh untuk gmail) dan klik pada compose mail. Biarkan sahaja browser ini terbuka, jangan ditutup.

Kedua anda buka satu lagi browser (browser firefox). Kemudian anda pergi kepada web dimana terletaknya gambar yang ingin anda masukkan didalam email anda. Kemudian anda kecilkan saiz browser ini (restore down).

Baiklah sekarang ini anda klik (klik pada gambar) kiri mouse anda (tetapi jangan dilepaskan) dan anda tarik ke browser email anda tadi. Ini dinamakan drag & drop. Selepas anda tarik gambar tersebut kedalam compose mail anda, jadi gambar anda sudah muncul.

Itu sahaja caranya untuk memasukkan gambar pada compose mail. Jadi penerima email anda tadi akan nampak gambar tersebut. Mungkin cara ini sudah ramai yang ketahui, tetapi ada juga yang belum ketahui. Saya kongsikan disini supaya ianya berguna kepada semua.

Semoga berjaya ya.

p/s: anda tahu web kumpul produk percuma? Jika tidak, anda boleh lihat disini.



7 comments:

  1. ooo camtu caranya. sangat mudah.. tima kasih untuk tip ini

    ReplyDelete
  2. Baiklah sekarang ini anda klik (klik pada gambar) kanan mouse anda (tetapi jangan dilepaskan) dan anda tarik ke browser email anda tadi. Ini dinamakan drag & drop. Selepas anda tarik gambar tersebut kedalam compose mail anda, jadi gambar anda sudah muncul.
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    sebenarnya bukan klik kanan mouse. tapi kiri.. i mean butang kiri.. hehe..

    neway, thanks.. good for newbie...
    - justkhai.com

    ReplyDelete
  3. to khai ;
    ooppss!! hehe, tersalah pulak.. betul tu.. kiri.. hehe.. sory, akan diperbetulkan.. time kasih..

    ReplyDelete
  4. ooooohhhhh baru makcik tauuuuu..... trima kaseyyyyy banyak2!!!! ini lah yg makcik cari selama ini...

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.