Dapat Komisyen Affiliate

Komisyen affiliate terbaru, RM121.50

Alhamdulillah pagi tadi saya baru sahaja menerima komisyen affiliate dari anwar (penganjur program). Setakat hari ini memang berbaloi lah blogging secara percuma + duit percuma. Tetapi semua itu perlukan usaha yang betul2 bersungguh-sungguh.

Selain perlu bersungguh-sungguh, perlu juka kepercayaan kepada penganjur program. Kalau xde kepercayaan, susah la nak buat kerja. Ada sesetengah blogger bertanya kepada saya, "betul ker diorang bayar kite nanti??"

Saya hanya menjawab, itu xdapat dipastikan kerana kita sendiri tidak kenal mereka, tetapi itu yang saya katakan, kita perlu percaya dengan mereka. Buat masa ini tidak ada lagi yang menipu saya. atau saya tertipu.. hehe..

Apa saya buat dengan duit RM121.50?? hehe.. lihat di blog coretan saya disini


Buat duit di internet sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada saya. Anda sendiri tahu bahawa saya baru berumur 19thn, dan baru nak masuk 20thn. Ada yang bekata " alah, solehpolysas 2 budak mentah lagi.. " ya, saya memang mentah lagi, saya sendiri sedang belajar sedikit demi sedikit. Dan anda jugalah yang banyak membantu saya dalam proses pembelajaran ini.

Semuanya itu secara tidak langsung, jika secara langsung, sapa yang nak ajar?? ada yang sudi mengajar saya dalam dunia IT?? hehe.. hendak juga saya belajar.. Mencari ilmu biarlah sehingga mati. Betul x?? jika kedekut ilmu pula, sampai mati tidak kemana.. kan?? hehehe..

Jangan ada yang terasa pula.. hanya sekadar luahan hati.. maaf jika anda terasa. Jika anda berminat untuk buat duit di internet, bermulalah sekarang. Jangan tunggu esok, lusa, tulat, kang berkulat pula impian tu. Jangan ada sifat malas, saya sendiri ada sifat malas, memang diakui sukar untuk menghapuskan sifat malah 2.. sukar sangat.. Tapi, berubahlah sedikit demi sedikit.

Jangan pula ada sifat hasat dengki, maaf la, baru2 ini saya perasan bahawa ada orang yang berhasrat menjatuhkan saya. Saya tidak tahu siapa dia, tetapi effek perbuatan dia dapat saya rasakan sekarang. Ada beberapa masalah yang saya hadapi. Mungkin saya ada membuat salah dengan orang tersebut, mungkin saya ada mengabil barang beliau, mungkin saya ada mengguris hati beliau..

Jadi disini saya harap orang tersebut membaca, saya memohon maaf jika ada membuat salah. Ribuan kemaafan dipinta. Tolonglah bersihkan semula nama saya.. hanya ALLAH sahaja tahu siapa dia.. Ya ALLAH , ampunkanlah manusia tersebut. Tenangkanlah hatinya, bukakanlah hatinya kepada jalan yang benar ya ALLAH. Amin....

okey, semoga berjumpa lagi, assalamualaikum..




3 comments:

  1. syabas solehpolysas!!
    rm 121.50 tuh pon banyak juga..
    semoga berusaha lagi..

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak ucap syabas pada soleh.

    Bukan senang nak buat duit dgn affiliate ni, sebab kita nak kena bersaing dengan promoter lain untuk produk yg sama.

    Jadi, kalau ada produk sendiri lebih mudah saya kira. Cuma nak cipta produk sendiri, kena ada ilmu tentang produk. Nak ada ilmu kena banyak membaca.

    Mcm Irfan Khairi kata, kalau nak jadi jutawan kena membaca dua tiga buku sebulan, bukan dua tiga mukasurat setahun.

    Saya pun belum ada produk sendiri untuk dipasarkan. Sebab membaca buku pun dok takuk lama, masih dua tiga mukasurat setahun.

    Alhamdulillah walaupun saya x pernah dapat komisen dari affiliate, tapi dah pernah rasa duit adsense. Cukupla untuk beli jam tangan Roscani untuk isteri yang banyak berjasa untuk membesarkan anak-anak aku. Posting dapat duit adsense ni ada kat sini.

    Abufaris

    ReplyDelete
  3. to jaws ;
    okey TQ...

    to abufaris ;
    emm, betul 2 bro.. memang agak sukar.. wah, dapat duit adsense ni yang soleh belum merasa.. maklumlah baru jer berjinak.. ade cara / tips mudah untuk dapat duit adsense ker??
    boleh share.. hehehe....

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.