Cara memindahkan posting ke blog baru


Tips kali ini saya ingin berkongsi tentang cara untuk kita memindahkan semua posting kita ke blog baru. Kes ini terjadi apabila saya berpindah ke blog baru iaitu (http://solehpolysas.blogspot.com). Saya tercari-cari bagaimana hendak memindahkan semua posting lama yang berada di myp4u hendak dipindahkan ke solehpolysas dengan mudah.

Emm, mula2 jenuh jugak memikirkannya. Akhirnya saya teringat tentang draft.blogger. Didalam draf, anda boleh copy semua posting dengan mudah.

Contohnya seperti saya pindahkan posting di myp4u ke solehpolysas.
Bagaimana? Begini caranya..

Ikut step ini ya :
  1. Login ke draft.blogger (login ke blog lama anda menggunakan draf.blogger)
  2. Anda pergi ke SETTINGS --> Basic
  3. Anda akan nampak Blog Tools
  4. untuk mendownload semua posting, anda klik Import Blog
  5. Save file yang anda download tadi..

Sudah selesai download posting, tetapi belum di upload ke blog baru.
Cara uploadnya begini :
  1. Login ke draft.blogger (login ke blog baru anda pula ya)
  2. Pergi ke SETTINGS --> Basic
  3. Di Blog Tools, anda pilih Export Blog
  4. Anda upload file XML yang anda download dari blog lama tadi.
  5. Kemudian akan keluar bahawa adakah anda hendak post semua secara serentak? itu terpulang kepada anda.
  6. Save hasil kerja anda.
Barulah selesai anda pindahkan semua posting anda ke blog baru tadi.
Macam mana? mudah kan?

Semoga ia membantu..






21 comments:

  1. tq kerana sudi berkongsi cara membuat pindahan blog lama ke blog baru.

    ReplyDelete
  2. adik soleh,

    Akak penah gak buat perubahan blog spot address. Rasa kesannya sama. Kita masuk ke blog, pilih setting,pilih publishing,then ubah bahagian Blog*Spot Address http://XXXX.blogspot.com

    ubahkan xxxx (nama lama) ke nama baru.
    apa bezanya dgn cara xpot mpot yg adik bicarakan tu?

    ReplyDelete
  3. to ummu waheedah ;
    sebenarnya blog myp4u ada masalah tertentu (menjadi rahsia) huhu..
    Jadi sy terpaksa membuat blog baru..
    Dimana semuanya fresh..

    **kak, jika saya tukar link myp4u di bahagian publishing, nnt saya akan kehilangan pelawat lama dgn serta merta. sy tidak mahu perkara itu berlaku. sy tidak delete blog myp4u, tetapi sy masukkan script redirect ke blog baru ni.. jadi pelawat yang datang ke blog lama akan terus pergi ke blog baru saya ini.

    Nampak perbezaan dan iffek kan? sebab itu sy tidak menggunakan cara yang akak katakan itu.

    ReplyDelete
  4. soleh..mcm mana nak bahagikan blog pd topik tertentu...contohnya,saya minat sukan,politik dan muzik..mcm mana nak 'separate'kan setiap topik tu dlm satu blog...mcm yang soleh buat tu seperti affiliate,business,blogger tutorial...

    kalau bleh tlg email saya di kerirooney@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  5. to seepot seedot ;
    caranya terlalu mudah, hanya buatkan label.
    pergi ke Edit Post, tandakan posting yang hendak disatukan dalam sesuatu label, contoh sukan, klik pada kotak posting sukan, kemudian creat new label. tulis la nak label ape pon..

    selesai..

    ReplyDelete
  6. to seepot seedot ;
    Okey, no problem.. :D

    ReplyDelete
  7. salam soleh, sy ta faham tang yg ni..

    Next, choose a Blogger export file (.xml) from your hard drive

    file apa tu..

    ReplyDelete
  8. to yazid ;
    wkum salam, selepas anda import(download), anda kena export(upload) ke blog baru anda.

    File yang anda import(download) dari blog lama akan berformat .XML , file tersebutlah yang anda perlu export(upload) ke blog baru tadi.

    ReplyDelete
  9. OIC... faham . faham... if that the case u carry on :)

    ReplyDelete
  10. salam soleh...tak settle lagi la bab bi :-)

    ok bila saya click import blog, page baru akan minta kita select an exported file (kena browse) file tu sy sy maksudkan..file apa sedangkan sy lum save lagi

    tq

    ReplyDelete
  11. to yazid ;
    oops!! dah tersilap pulak, okey, sekarang pergi ke draf.blogger (blog lama), kemudian pergi ke setting, klik pada export blog.. kemudian download file tersebut..

    dan save kan?? okey, buka blog baru, pergi ke draf.blogger (blog baru) kemudian import blog..
    pilih file yang di download td.. settle..

    maaf ade kesilapan sedikit penerangan diatas.. okey, harap ini dapat membantu.. enjoy..

    ReplyDelete
  12. to yazid ;
    okey.. tahniah...

    ReplyDelete
  13. salam..kalu dari blogspot nk pindah ke joomla..mcmner lak ye?

    ReplyDelete
  14. to EjdeeJasmi ;
    joomla boleh upload file XML untuk posting x? jika boleh, maka boleh dibuat.

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.