Cara Melajukan Loading Di WordPress

Plugin WP Yang Dapat Melajukan Loading Blog WP anda.

Selepas beberapa hari saya bermain dengan blog WordPress (WP), saya rasa lebih elok jika saya kongsikan beberapa ilmu yang saya tahu mengenai WP ini. Tetapi sedikit sahajalah kerana saya pun masih baru didalam WP ni.

Beberapa plugin yang saya minat didalam WP ini dapat membantu anda. Saya ada menggunakan plugin WP super cache. Plugin ini dapat membantu anda dari segi kelajuan loading page WP anda.

Jika anda menggunakan Blog WP, saya syorkan anda install plugin ini. Anda boleh download plugin WP Super Cache ini disini.
Cara untuk setting plugin ini begitu ringkas sekali. Ianya seperti ini,

1. Anda download plugin tersebut.
2. Anda upload ke file plugin di hosting anda.(upload menggunakan FTP).
3. Anda pergi ke dashboard WP anda, dan pergi ke bahagian plugin.
4. Anda aktifkan plugin WP supercache ini.
5. Selepas anda aktifkan, anda perlu enablekan pula WP super cache ini.

Cara enablekan WP super cache ini, anda lihat di menu setting(dashboar admin WP), nanti anda akan nampak WP super Cache. Anda klik padanya dan anda akan masuk kedalam bahagian setting WP supercache.

Anda hanya perlu pilih butang ON pada setting tersebut dan klik UPDATE STATUS. Setting yang lain anda boleh abaikan. Dan sekarang, cuba anda load blog WP anda. Sepatutnya ianya lebih pantas daripada asal(sebelum install WP super cache).

Saya telah mencubanya di blog Buat duit Di Internet saya, tidak percaya? cubalah load blog saya, lihat blog siapa lebih laju.. hehe..

Jika masih kurang laju juga, saya rasa anda perlu semak blog WP anda itu. Kebiasaannya script berjenis java akan membuatkan loading blog tersebut menjadi lama. Jika terlalu banyak javascript di page utama blog anda, saya syorkan anda kurangkan sedikit. Jika terlalu banyak, ianya akan berat seperti blog tutorial saya ini.

Sya sendiri sedang mengusahakan supaya loading blog tutorial ini lebih pantas. Mungkin saya akan buang widget feedjit dan juga widget twitter, nanti anda lihatlah sendiri perbezaannya.

Okey, anda cubalah cara ini. Ini dapat membantu anda serba sedikit.

"Belajar sedikit lebih baik berbanding belajar banyak"

Jika belajar terlalu banyak ilmu dalam satu masa, nanti overload pulak.. hehe..


12 comments:

  1. kalo terlalu byk plugin.blog ble lembab tak

    ReplyDelete
  2. to acadteror ;
    kalau terlalu banyak pun akan membuatkan loading lambat.. so optimize supaya guna yg perlu sahaja..

    p/s:server juga memainkan peranan sebenarnya.. :)

    ReplyDelete
  3. terimas kasih bro...x tau plak ade plugin kasi up skit speed load ni :)

    ReplyDelete
  4. aku dh pkai plugin tu.. memang bagus.. feedjit dan twitter widget tu pn bleh lmbtkn loading.. tp sayang lak nk buang.. hehe..

    ReplyDelete
  5. to fid ;
    sama bro.. :)

    to arnam ;
    yup, ramai yang dah guna.. widget yg berat ni buang jer.. buat masalah load jer.. :)

    ReplyDelete
  6. tengkiu bro.... lepas nie blog saya sure lebih cepat loading....memang membantu....

    ReplyDelete
  7. Loading blog dengan lebih cepat membuatkan pembaca kita lebih SENANG nak baca blog kita....

    ReplyDelete
  8. to kisahsensasi ;
    sama bro.. makin sensasi la blog bro nanti.. hehe..

    to hazman ;
    yup, betul tu.. :)

    ReplyDelete
  9. salam bro...

    terima kasih untuk info ni yer,izinkan saya mengambil info ni untuk blog saya dengan tujuan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain

    ReplyDelete
  10. to wazy ;
    okey.. letak la credit kat akhir artikel tu..

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.