Pengiklanan versi terbaru Peel Away atau Page Ear.
Sebelum ini saya ada membuat posting mengenai cara membuat page ear disini, jika anda belum ketahuinya, anda boleh lihat artikel tersebut disini.
Posting kali ini saya ingin bertanya kepada anda, mana yang anda suka? Peel Away atau Page Ear? Mesti anda tidak perasan apakah perbezaan kedua-dua jenis script iklan ini. Jika anda lihat di blog saya ini, itu adalah versi Page Ear. Iklan versi Peel Away ini pula saya tidak mahu menyebut blog yang menggunakannya. Cuma disini perbezaan yang saya nampak adalah semasa loading dan semasa anak panah tetikus dihalakan pada iklan.
Jika anda lihat di blog saya ini, semasa blog diloading, iklan page ear akan keluar secara automatik. Ini sudah membolehkan pelawat ternampak sekali iklan tersebut. Tetapi jika peel away, saya tidak berapa pasti, tetapi apa yang saya lihat, peel away tidak akan membuka iklannya semasa blog/web diloading. Jadi pelawat perlu membawa anak panah tetikus ke penjuru browser jika mahu melihat iklan tersebut.
Lagi satu perbezaannya adalah semasa anda membawa anak panah tetikus ke iklan tersebut. Jika page ear, iklan tersebut akan terus keluar, tetapi ada sesetengah pula (peel away) iklan tersebut tertutup. Aik?? apa masalah peel away ini?
saya ada mencubanya, dengan bermain-main anak panah tetikus di iklan peel away dan page ear, disini perbezaannya akan anda lihat sendiri. Tetapi masalah ini hanya berlaku pada masa tertentu sahaja.
Jadi susah untuk ditafsirkan.. Jika anda minatb pada peel away, ada plugin khas untuk blog WP. Anda boleh dapatkan dengan mencarinya di google search "cara membuat peel away". Pasti jumpa..
Jika berminat untuk mebuat Page Ear, anda boleh baca posting ini. Kedua-dua script ini hebat sekali sehinggakan otai boleh buat duit dengan servis pemasangan peel away.
Anda cubalah..
No comments:
Post a Comment
Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.