SMS seorang sahabat

Apa pendapat anda tentang mesej ini??

Saya tidak dapat kepastian siapa yang memberikan SMS ini, tetapi apa yang didalam SMS ini amat menarik hati saya untuk membaca. Beliau berbicara mengenai agama islam, jadi sebarang kesilapan saya harap anda dapat tegur saya.

Sama-sama kita saling membantu, saya hanya seorang yang masih belajar, saya tahu ramai yang berilmu diluarsana apa salahnya kita berkongsi ilmu dan saling tunjuk ajar. Ilmu tersebut pasti lebih berkat. Saya kongsikan bersama anda SMS yang saya katakan itu.


Apa yang diberitahu ialah :
Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

Itulah yang dikirim oleh sahabat ini, dan diakhir SMS beliau mengatakan sebarkanlah kepada umat islam / muslim lain semampu anda. Saya rasa ia memang berguna bagi kita sebagai seorang muslim. Jika ada salah silap harap anda dapat tegur. Assalamualaikum.




7 comments:

  1. Saya dah dengar sebelum ini perkara yang disebutkan itu dan elok kita jauhkan.Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. tq ats maklumatnye..

    ReplyDelete
  3. ikutkan dalam pengarangan bahasa melayu,
    ada juga digunakan bahasa pendek

    tapi dalam bahasa inggeris, janggut dipanggil apa???

    jadi isu sekarang, mesej panjang2 takut handset orang tu tak dapat terima
    mesej pendek2 salah erti maksud. yang ko orang tafsir yang bukan-bukan kenapa?

    tanyalah balik orang yg tulis mesej tersebut
    hehehehe

    ReplyDelete
  4. macam2 pendapat ada.. hehe, kita jauhkanlah benda2 sebegini, harap2 kita tergolong pada golongan yang terbaik..

    ReplyDelete
  5. nasihat yang baik boleh jadi sempadan.

    ReplyDelete
  6. ada sedikit kekeliruan,msj tanpa hujjah,saya rasa abaikan saja.atau ada siapa tahu "mohd" bahasa apa makna anjing mulut besar/akum/askum bahasa apa makna celaka,kalau kita pun tak tahu jangan sebarkan.sekadar nasihat.

    ReplyDelete
  7. to anon ;
    emm, askum memang tidak membawa sebarang makna bag muslim, tetapi mohd no komen..

    ReplyDelete

Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.