3 tahun yang lepas, saya sering
cemas bila ketibaan bulan Ramadhan. Ye lah... Banyak belanja
bulan Ramadhan ni terutama untuk persiapan Hari Raya. Itu belum
campur dengan perbelanjaan untuk balik kampung lagi. Kain untuk baju
melayu, untuk baju kurung isteri, baju anak-anak (sure nak
'sedondon' punya satu family). Belum kira bab upah untuk
tukang jahit lagi. Harga dari tahun ke tahun makin naik je. Nak beli
yang dah siap, lagi mahal. Ah! tahun ni sepasang je baju baru dah
la. Raya kedua guna baju lama! Tak pun pakai T-shirt je raya
kedua. Langsir? Sarung kusyen baru? Ah! Guna yang tahun sebelumnya
jer la. Congak punya congak 2,3 ratus jugak kat
situ...
Bulan puasa ni lagi di tahan nafsu makin
menjadi-jadi pulak dia. Time bulan biasa reti pulak beli stock kat
pasar basah untuk seminggu lepas tu masak sendiri. Tapi bila time
puasa, perasaannya hari-hari nak gi ke pasar ramadhan beli ayam
percik la, otak-otak la, tepung pelita la, murtabak la. Lauk yang
masak dah sekian. Hilang kisah belanja 3-4 ratus sebulan untuk beli
barang dapur, bulan puasa UP lagi extra RM300 untuk beli juadah
berbuka. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat
situ...
Stanby sikit duit untuk minyak dengan
tol pergi balik kampung plus jalan-jalan rumah saudara. Mana yang
balik ke utara, terasa macam nak bercinta je dengan perempuan jaga
tol tu bagi dia lepaskan kita lalu secara percuma. Minyak dah la
sekian. Dulu kalau balik, tuang full tank baru RM70. Skang full tank
dah jadi RM120. Tu belum campur kos untuk beli 'minyak untuk jimat
minyak lagi' (aku tak pernah percaya pada mender nih). Ada member
kata leh campur minyak tanah, bagi jimat sikit tapi takut jahanam
pulak enjin. Congak punya congak pergi balik 3,4 ratus jugak kat
situ...
Stanby pula duit raya untuk adik-adik
kat kampung (abang kerja KeyEl balik setahun sekali takkan la bagi
RM5 jer abang?) So nak jaga standard punya pasal, gagahkan diri
bagi kat adik-adik RM50 hengget sorang. 5 orang dah RM250 kat
situ je. Nak hulur kat mak lagi? Takkan bagi kat mak RM50 jugak?
Mesti kena 'UP' sket! Dah bagi kat mak, takkan takmo hulur
kat abah pulak? Anak buah? Anak buah takper bagi RM5 jer sorang.
Diorang kecik lagi. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat
situ...
Mulalah draft atas kertas kira
belanjawan. Isk! Pusing ikut mana pun Short jugak! Mujurnya gaji
bulan ni bos bagi awal sempena menyambut raya katanya. So jarak dari
gaji bulan lepas dalam 15 hari jer. Balance gaji lepas ada lagi,
tambah pulak gaji bulan ni. Boleh la cover perbelanjaan hari raya.
Dalam pada tu kita tak sedar yang lepas raya nanti terpaksa tunggu
dekat 45 hari pulak untuk mendapatkan gaji bulan berikutnya. Duit
dah habis dibelanjakan. Baru biru muka. Pampers anak pun kalau
boleh recycle rasanya mau guna semula je untuk jimat belanja.
Raya haji mulalah SMS kat bonda "Mak, tak dapat cuti... kena
kerja". Padahal sebab takde budget dah nak balik...
Saya yakin, antara kita masih ada yang
mengalami dilema seperti saya sebelum ini. Dan jika kini anda masih
mempunyai dilemma yang sama, maka tibalah masanya untuk anda buat
perniagaan MyMode ini dengan bersungguh-sungguh. Saya sering
dihujani oleh soalan seperti:
- "Okay ke MyMode ni?"
- "Boleh buat duit ker?"
- "Margin kecil macam ni, boleh
untung ribu-ribu ke..?".
Untuk makluman semua, Saya fokus untuk
buat MyMode selama 8 bulan untuk mendapatkan bonus di atas
angka Rm1000 saya yang pertama. Pada bulan ke-9 bonus saya
menjadi RM4,650.82. Bulan ke-10 meningkat kepada RM8,401.19. Rupanya
di tahap ini dalam masa sebulan pun peningkatan bonus boleh jadi
se-drastik ini. Berbaloi rasanya usaha saya 7,8 bulan sebelumnya.
Bulan berikutnya naik lagi kepada RM12,101.67 sebulan.
Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada
March 2007 apabila incentive bulanan saya dalam MyMode melebihi
angka RM20,000 sebulan. Kini telah setahun setengah saya menampung
keluarga saya sepenuhnya dengan hasil perniagaan ini. Dan kini
terasa 'sangat excited' untuk menyambut Ramadhan, untuk
pulang beraya dikampung dan sebagainya.
Saya bertanya kepada diri
saya.
- Sekiranya dulu aku berkerja
bersunggu-sungguh dengan tekun dan penuh dedikasi 8-9 jam sehari
selama setahun tanpa pernah mintak cuti dengan bos, Adakah gaji
aku akan dinaikkan oleh majikan dari Rm2500 sebulan kepada RM5000
sebulan? Jangan kata RM5000...
Naik Rm500 dari gaji pokok asal pun dah bertuah sangat rasanya. 4
Tahun saya kerja, bonus tahunan baru sebulan gaji (dalam RM1800 ke
RM2500 SETAHUN! Itupun dibayar 2 kali dan bukannya sekali
gus.)
- Kalau selepas 10 tahun aku bekerja
bersungguh-sungguh, lepas tu aku berhenti kerja, adakah majikan
aku akan terus membayar gaji aku atas jasa yang pernah aku
taburkan sebelum ini? Mimpilah!
- Katakan aku kerja sampai satu tahap
aku naik ke pangkat Ketua Penolong Pengarah atau Timbalan Pengarah
dengan gaji sekitar RM5000 ke RM8000 sebulan, kalau aku meninggal
ker.. sakit ker.. boleh tak aku nak wariskan jawatan pekerjaan
tu kepada anak aku? So dia boleh ambik alih aku punya
spot?
- Aku cuma buat Mymode secara sambilan
2,3 jam sehari mengadap komputer untuk recruit agent baru dan
kembangkan rangkaian. Baru 9 bulan side income aku ini dah jadi 2
kali ganda gaji aku sendiri. Kalau aku buat 8jam sehari sama
macam aku kerja agaknya berapa pulak aku boleh
dapat?
- Aku buat MyMode walaupun susah nak
berjaya, tapi bila aku buat sungguh-sungguh, dalam masa setahun
income aku dah sama dengan gaji level Pengarah Urusan. Tapi
kalau aku kerja bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap Pengarah
Urusan 20 tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi pun belum tentu
lagi. Jadi yang mana sebenarnya lebih
susah?
- Kawan-kawan aku selalu kata buat MLM
ni risiko tinggi sebab tiada pendapatan tetap. Tapi aku buat
MyMode sampai pangkat 5StarCM, aku bagi simcard tu dekat anak aku.
Automatik anak aku skang ada income 5StarCM. Sambil-sambil tuh aku
develop lagi satu account untuk jadikan 5StarCM jugak. Kalau jadi
apa-apa kat aku, income dari 'simcard' tuh tetap berjalan
macam biasa. Sedangkan pekerjaan aku sekarang ni, langsung
tiada jaminan. Anytime boleh kena buang kerja. Kalau aku sakit,
MC, gaji tak jalan jugak, Anak aku tetap tak boleh nak mewarisi
pendapatan aku. Jadi yang mana sebenarnya lebih
berisiko?
- Orang kata kat aku, "Ko ingat
senang ke nak berjaya dalam MyMode? Kena kerja keras tau nak cari
downline!". Aku pikir balik. Apa pekerjaan aku yang memaksa
aku bangun bagi, balik petang, ulang alik dari rumah ke pejabat,
kerja 8 jam sehari tak boleh relek sikit kena warning dengan boss
ini bukan kerja keras ke? Wal hal aku buat mymode ikut suka
aku jer. Nak bangun pukul 2 petang pun tiada siapa nak larang.
Bila boring mengadap komputer, aku masuk bilik layan Astro.
Habis tu, yang mana satu yang kerja keras
nya?
Dari 7 persoalan yang saya ketengahkan
ini, sekiranya terdetik dalam hati dan fikiran anda menyatakan
"YA" maka usahalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam
perniagaan ini. Sebagai 'employee' yang makan gaji di tempat
kerja anda sekarang, tak semua usaha anda terbalas. Tiada jaminan
untuk setiap ketekunan dan kerja keras anda itu akan dibalas dengan
kenaikan gaji atau pangkat. Malah ada kisah si A yang rajin buat
kerja, si B pula yang kena promote naik pangkat. Tetapi dalam
MyMode setiap usaha yang anda lakukan pasti akan ada ganjaran.
Jika di tempat kerja anda mati hidup
balik pun belum tentu gaji anda boleh menyamai boss atau melebihi
gaji boss anda, Tapi dalam MyMode anytime anda boleh menyamai dan
melebihi bonus insentif upline anda sendiri. Jika di tempat kerja
anda mungkin perlu kipas boss, politik sket sana sini untuk
memastikan kejayaan anda, dalam MyMode sesiapa saja yang berusaha
pasti ada ganjaran yang setimpal dengan usaha anda.
Saya cabar anda semua untuk mengubah
nasib masing-masing bermula detik ini :)
Kepada sesiapa yang:
- Dah lupa PIN Mymode - Call
Agent Interaction Center (AIC) MyMode ditalian 03-42702703 (waktu
pejabat) untuk mendapatkannya semula.
- Dah lama tak aktif tapi baru
bercadang nak aktif semula - Call Agent Interaction Center
(AIC) MyMode ditalian 03-42702703 (waktu pejabat) untuk
mendapatkannya mengaktifkan semula akaun MyMode anda sekiranya
ianya telah dibekukan akibat tiada sebarang uruasniaga dalam
tempoh 6 bulan berturut-turut.
- Dah guna no HP lain - Anda
sebenarnya tak perlu register nombor baru. Hanya perlu tukarkan
keahlian dari no HP lama tu kepada no HP baru yang anda gunakan
sekarang. Sila rujuk cara-caranya di sini.
Daripada Eddie...
No comments:
Post a Comment
Blog ini telah menggunakan do follow untuk link komen anda. Link anda akan tersenarai di search engine.