Showing posts with label WP Tutorial. Show all posts
Showing posts with label WP Tutorial. Show all posts

Hosting Termurah, Hanya RM5 Untuk 250MB

Pemilihan hosting termurah. Lebih pantas dan support yang berterusan.

Hosting RM5 untuk 250MB space dan 10GB bandwidth bulanan sememangnya satu pakej permulaan blogging yang amat sesuai untuk anda miliki. Jika anda seorang yang ingin mencuba berblogging menggunakan wordpress atau hendak membuat minisite, saya menyarankan anda mencuba hosting dari sepaku hosting.

Ianya sangat sesuai untuk anda sebagai permulaan atau perkenalan kepada hosting dan server. Saya juga bermula dari bawah semasa mengenali hosting dan server. Akhirnya saya terpikat dengan sepaku hosting kerana pakej yang ditawarkan begitu menarik dan ianya sesuai untuk semua golongan.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke sepaku hosting.

Jika anda membeli hosting di sepaku hosting, jangan lupa untuk mendaftar di forum support. Ini kerana saya juga boleh membantu anda jika berlaku sebarang masalah mengenai hosting.

Saya akan cuba membantu anda semua untuk terus maju kehadapan. Ada kelebihannya jika anda mempunyai hosting sendiri kerana di hosting itu nanti, pelbagai benda baru bakal anda pelajari. Banyak yang saya dapat daripada hosting ini. Ringkasnya, blog yang berada di hosting sendiri lebih menguntungkan kerana pulangannya lebih besar berbanding blog biasa.

Saya tidak mahu bercerita mengenai duit pada artikel ini. Saya hanya ingin berkongsi kepada anda info yang berguna dan mungkin membantu anda untuk meneruskan bisnes online anda. Semoga ianya membantu.

Lihat maklumat lanjut di sepaku hosting.





Plugin Untuk Memasukkan Video Kedalam Wordpress

Plugin Wordpress yang sesuai bagi memudahkan anda untuk memasukkan video kedalam artikel.

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini.. Tetapi masih juga ada yang melawat blog ini. Terima kasih banyak-banyak.. Tidak sia-sia usaha saya selama ini.. hehe..

Baiklah kali ini saya hendak berkongsi Plugin WP yang saya gunakan. Plugin ini membolehkan anda memasukkan atau embed video kedalam posting anda dengan mudah.
Rasanya tidak perlulah saya menerangkan dengan penerangan yang terlalu panjang. Ini kerana ianya cukup mudah. Saya tahu jika anda pengguna Blog WP, sudah tentu anda lebih hebat dari saya. Saya pun masih baru belajar.

Download plugin ini disini "Viper's Video Quicktags"

Untuk tutorial memasangnya, anda boleh lihat di page download tersebut. Semuanya sudah diajarkan sehingga anda boleh menggunakannya. Semoga ianya membantu anda ya..

Cara Melajukan Loading Di WordPress

Plugin WP Yang Dapat Melajukan Loading Blog WP anda.

Selepas beberapa hari saya bermain dengan blog WordPress (WP), saya rasa lebih elok jika saya kongsikan beberapa ilmu yang saya tahu mengenai WP ini. Tetapi sedikit sahajalah kerana saya pun masih baru didalam WP ni.

Beberapa plugin yang saya minat didalam WP ini dapat membantu anda. Saya ada menggunakan plugin WP super cache. Plugin ini dapat membantu anda dari segi kelajuan loading page WP anda.

Jika anda menggunakan Blog WP, saya syorkan anda install plugin ini. Anda boleh download plugin WP Super Cache ini disini.
Cara untuk setting plugin ini begitu ringkas sekali. Ianya seperti ini,

1. Anda download plugin tersebut.
2. Anda upload ke file plugin di hosting anda.(upload menggunakan FTP).
3. Anda pergi ke dashboard WP anda, dan pergi ke bahagian plugin.
4. Anda aktifkan plugin WP supercache ini.
5. Selepas anda aktifkan, anda perlu enablekan pula WP super cache ini.

Cara enablekan WP super cache ini, anda lihat di menu setting(dashboar admin WP), nanti anda akan nampak WP super Cache. Anda klik padanya dan anda akan masuk kedalam bahagian setting WP supercache.

Anda hanya perlu pilih butang ON pada setting tersebut dan klik UPDATE STATUS. Setting yang lain anda boleh abaikan. Dan sekarang, cuba anda load blog WP anda. Sepatutnya ianya lebih pantas daripada asal(sebelum install WP super cache).

Saya telah mencubanya di blog Buat duit Di Internet saya, tidak percaya? cubalah load blog saya, lihat blog siapa lebih laju.. hehe..

Jika masih kurang laju juga, saya rasa anda perlu semak blog WP anda itu. Kebiasaannya script berjenis java akan membuatkan loading blog tersebut menjadi lama. Jika terlalu banyak javascript di page utama blog anda, saya syorkan anda kurangkan sedikit. Jika terlalu banyak, ianya akan berat seperti blog tutorial saya ini.

Sya sendiri sedang mengusahakan supaya loading blog tutorial ini lebih pantas. Mungkin saya akan buang widget feedjit dan juga widget twitter, nanti anda lihatlah sendiri perbezaannya.

Okey, anda cubalah cara ini. Ini dapat membantu anda serba sedikit.

"Belajar sedikit lebih baik berbanding belajar banyak"

Jika belajar terlalu banyak ilmu dalam satu masa, nanti overload pulak.. hehe..